Kisah Tentang 9 mimpi Nabi Muhammad SAW
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN
DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat
seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat
seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat
bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK
DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat
umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat
umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke
kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat
seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat
umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak
pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN
TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka
agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat
umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
No comments:
Post a Comment